Tuesday, August 17, 2010

'TAZKIRAH'

Diakhir akhir ini kita banyak mendengar dan lihat samaada dikaca tv atau didada akhbar kisah pembuangan janin dan bayi yang baru dilahirkan dibuang dimerata tempat tanpa dipertanggungjawabkan akan sipelaku dengan rakus dan zalim. Semua ini berlaku disebabkan kurangnya didikan agama dan terpengaruh dengan budaya barat. Adegan sex dipertontonkan secara meluas melalui media elektronik, filem dan majalah majalah lucah tanpa kawalan dari pehak kerajaan. Natijah daripada inilah membuahkan hasil sifat kebinatangan yang mendorong hawa nafsu serakah mengatasi sifat kemanusiaan itu sendiri. Marilah kita kembali kepada Islam, agama yang membina tamadun manusia itu sendiri dan berakhlak berpaksikan keimanan agar dapat membatasi gejala dosa dan mungkar. Secebis kesah telah dirakamkan ketika Umar dizaman jahiliahnya terasa malu apabila mendapat anak perempuan, dan dianggap semata mata untuk melepaskan tempat nafsu syahwat bagi laki laki dalam apajua kera'iyan. Justru itu Umar mempuyai saorang anak perempuan yang masih kecil dan comel dibawanya berjalan kesuatu tempat agak jauh dari kota, lalu beliau menggali sabuah lubang dengan niat untuk mengkambuskan anaknya hidup hidup. Sianak tadi tidak tau apa tindakan ayahnya sambil turut mengais sama dengan jari kecilnya sambil mengesat peluh yang bercucuran dipipi ayahnya. Setelah lubang agak dalam lalu ditendang anaknya kelubang yang digali bersama dan terus dikambus anaknya hiduphidup tanpa belas kasihan langsung. Inilah satu kesah sebelom keIslaman Umar dizaman jahiliyah, tanpa hidayah dan keimanan sanggup berbuat durjana dan tanpa peri kemanusiaan. Setelah Umar mendapat hidayah dan kembali kepada sifat fitrah semulajadi manusia, dan berjuang memertabatkan jatidiri sehingga menjadi khalifah umat Islam yang disegani serta kuat dan mashur. Mutaakhir ini kembali semula sifat jahilyah moden yang menakutkan dan dianggarkan lebih 70 kes telah direkodkan membabitkan pembunuhan bayi yang tidak berdosa angkara perbuatan terkutuk yang telah dilakukan. Apa yang berlaku kita sebagai rakyat perlu perihatin dan bertanggungjawab terhadap kepimpinan negara yang tidak menunjukan sebarang tindakan kearah membendungi gejala zina sehingga menggalakan pusat pusat maksiat tumbuh bagaikan cendawan dan sanggup membina sebuah asrama mengandung bagi menampung serta menggalakan perbuatan terkutuk ini berlaku. Ingatlah kembali katakata hikmat yang dilontarkan oleh Saidina Umar 'Kita Diberikan Kemulian Dengan Islam, Jika Sekiranya Kita Mencari Kemulian Selain Daripada Islam Kita Akan DiHina Oleh Allah Kemudian' . Marilah sama sama kita membina dan mendaulatkan Islam serta kepimpinanya dibumi ini dan mendapat redhaNya insyaAllah.

No comments:

Post a Comment