Monday, January 24, 2011

Warga Tenang Bukannya Senang

TENANG, 24 Jan : Cikgu Mala yang berbaju hijau pucuk pisang pada pagi ini meneruskan misi ziarah dengan melawat kematian di Air Panas. Turut hadir bersama adalah Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Hj Mahfoz Mohamed. Beliau juga sempat ditemuramah oleh wartawan Astro Awani.

Seterusnya, Cikgu Mala meluangkan masa menziarahi seorang warga tua yang sakit iaitu Encik Zainal Ahmad, 63 tahun. Beliau yang mengalami penyakit berkaitan urat saraf tidak mampu berjalan sejak 11 bulan lepas.

Beliau dijaga oleh isterinya yang turut menjaga seorang cucu berusia 2 bulan. Cikgu Mala melahirkan rasa simpati dan berjanji akan membantu jika ada apa-apa keperluan yang diperlukan.

Manakala bagi Norlita Hassan pula, kehadiran Cikgu Mala ke rumahnya mengurangkan sedikit beban yang ditanggungnya. Norlita, 32 tahun menjaga kedua-dua ibu bapanya Hassan bin Hussin, 79 tahun dan Rahmah Asri 72 tahun yang sakit tua dan tidak mampu berjalan. Mereka di bantu oleh abangnya dari segi kewangan dan sebagainya.

Cikgu Mala sempat menziarahi satu lagi keluarga yang agak susah kehidupan mereka. Seorang ibu yang sakit tinggal bersama anak perempuannya. Anaknya berkahwin dengan seorang kontraktor dan mempunyai 7 orang anak. Kehidupan seharian mereka hanya bergantung kepada pendapatan suami yang tidak menentu.

Siri kehidupan yang sebegini senang didapati di negeri Johor. Sebuah negeri yang dipimpin oleh kerajaan BN. Yang selalu diomongkan sebagai membela Melayu dan rakyatnya.

No comments:

Post a Comment