Assalamualiakum,Kini sejarah semakin diungkap dan diselongkar serta terus dimanupulasikan oleh setengah pihak demi mencari pengaruh.Polimik yang kelihatan tiada kesudahan ini sebenarnya telah beberapa kali cuba didedahkan oleh beberapa pihak yang sedar tetapi tidak diendahkan sehinggalah muncul Abang Mat yang dikatakan semakin ditakuti oleh pihak yang masih memegang kuasa dalam negara.
Serajah yang diselongkar ini juga menemukan satu fakta yang terlepas pandang oleh orang orang melayu yang menduduki sebahagian Nusantara ia itu Tanah Melayu yang kini sudah dibanggakan sebagai peneraju politik negara menerusi ketuanan melayu.Fakta yang tidak dipandang ini sebenarnya yang menjadi punca sebenar melayu hancur dan bakal hilang dari dunia, menyalahi keyakinan Hang Tuah yang pernah berkata "Tak Melayu Hilang di Dunia"
Inilah fakta yang berjaya diresapi oleh British hanya dengan memperkenalkan seluar pendek, arak dan hiburan yang menyeronokkan.Gambaran perubahan watak melayu yang terpengaruh dengan British boleh dilihat dalam beberapa siri drama TV yang pernah dirakamkan.
Perubahan watak melayu ini pula menjadi penyebab kepada tertangkap dan terbunuhnya pejuang bangsa yang mana banyak nama nama boleh diberikan yang kebanyakannya menemui ajal dengan trajis sekali dan kematian mereka tidak lain tidak bukan hanyalah kerana perubahan watak orang orang yang pernah menyokong mereka dan perubahan watak ini boleh disebut sebagai tali barut British.
Tradisi tali barut ini pula diteruskan oleh generasi melayu yang terdidik oleh British selepas merdeka(atau selepas British meninggalkan negara kalau dianggap negara tidak pernah dijajah). Kemudiannya tradisi tali barut ini diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi sehingga ianya menjadi budaya sebahagian bangsa melayu yang kononnya mendakwa merekalah pembela dan penyelamat bangsa.Penyelamat bangsa pada ketika kelahiran anak tidak sah taraf dari keturunan melayu yang semakin meningkat, kehadiran melayu dipusat serenti semakin bertambah serta bilangan motosikal yang ditunggangi oleh melayu merempit boleh dilihat terlalu banyak di sana sini.
Punca sebenar kepada penurunan kualiti kehidupan melayu ialah budaya tali barut yang ditanam oleh British masih menjadi amalan sebahagian melayu walaupun mereka sering mendakwa sebagai pihak yang membela bangsa sementara pihak yang cuba mengajak mereka kembali kepada fitrah sepertimana Parameswara menerima Islam dulu sebagai pihak yang menghina bangsa walhal merekalah sebenarnya menghina bangsa.Inilah yang terjadi kepada Abang Mat sekarang ini dan akan terjadi kepada sesiapa jua yang mahu bertindak seperi Abang Mat sehingga ada dakwaan bahawa PAS(jemaah yang dianggotai dan ditimbalan presidenkan Abang Mat sebagai menyokong kebatilan(kominis).
Insaflah melayu, tinggalkan budaya tali barut dan binalah kehidupan yang berkualiti dan berhemah dengan menjadikan Islam sebagai petunjuk sebenar.Belajarlah dari sejarah melayu yang seperti dikatakan pernah mengelilingi dunia oleh Mahadir, belajarlah dari sejarah bagaimana melayu dimartabatkan sebagai bangsa berdaulat hanya kerana ketekunan mereka belajar ilmu agama dan ketaatan tanpa belah bagi kepada suruhan dan larangan agama.belajarlah dari sejarah kenapa orang orang yang hebat seperti Dato' Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah, Dato Abdul Rahman Limbong,Tok Janggut serta yang lain lain lagi gagal melawan British.Belajarlah untuk tidak menjadi TALI BARUT.
No comments:
Post a Comment