Saturday, September 17, 2011

Kemerdekaan Hakiki Ialah Bebas Dari Undang-Undang Zalim

Ampang, 15 September 2011 - Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Razali menegaskan bahawa kemerdekaan hendaklah difahami dalam konteks yang sebenar dan bukannya hanya berpandukan kepada penjajah yang melangkah kaki keluar daripada tanahair kita ini secara fizikalnya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu forum yang diadakan di Ampang baru-baru ini yang berkisar berkaitan dengan kemerdekaan menurut timbangan dan kacamata Islam.



"Kemerdekaan bukan sahaja kita dan negara ini bebas dari penjajahan fizikal pihak British tetapi kemerdekaan hendaklah difahami dalam konteks yang lebih jelas khususnya kita yang beragama Islam berdasarkan al-Quran dan As-Sunnah yang ditinggalkan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w", kata beliau ketika dihubungi oleh pihak web DUPP baru-baru ini.
"Kemerdekaan tidak memberikan sebarang pengertian dan makna sekiranya undang-undang, minda dan cara hidup kita masih lagi dijajah dan dikuasai oleh pihak penjajah yang menjajah negara ini dahulu", tambah beliau lagi.

"Kemerdekaan yang sebenar ialah apabila kita mendaulatkan hukum Allah s.w.t, seterusnya secara tidak langsung kita membebaskan diri kita, keluarga, masyarakat dan negara kita daripada cengkaman penjajah yang menjajah minda kita sehinggakan mereka berjaya menjadi undang-undang selain daripada Islam bertapak di negara ini", ujar beliau lagi.

No comments:

Post a Comment