
"Kuala Lumpur,7hb Oktober 2011. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato’ Tuan Guru Hj Harun Taib menyeru kepada para ulamak agar mempelbagaikan uslub dalam berdakwah dalam usaha memperkenalkan Islam kepada seluruh rakyat Malaysia.
Beliau turut menggesa agar para ulamak tidak getar dan takut untuk memperkenalkan dan memperkatakan tentang Islam di Malaysia ini.
Beliau menegaskan demikian dalam satu program anjuran Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan di Hotel Marina Cove, Lumut baru-baru ini.
“ Perkatakan dan perkenalkan Islam kepada semua orang tanpa perlu rasa takut dan getar sepertimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan itulah yang diberitahu kepada kita oleh Allah s.w.t di dalam Al-Quran”kata beliau.
“Teruskan menyatakan tentang Islam kerana hidayah itu ada peraturannya yang sendiri, hidayah adalah milik Allah s.w.t” ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir Terengganu.
Menurut beliau lagi, dalam menyampaikan Islam kepada para mad’u kita hendaklah mempelbagaikan uslub dalam berdakwah. Beliau turut membawa kisah bagaimana ada di kalangan individu tertentu yang terpaksa menggunakan lakaran kartun kerana ingin menyampaikan mesejnya kerana tidak mempunyai kemahiran berkomunikasi secara lisan. Tambah beliau lagi, apa yang penting ialah mesej dapat disampaikan kepada orang lain."
No comments:
Post a Comment