Firman Allah swt; “Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan),maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.” [surah 29; al-ankabut; ayat 6]
Thursday, November 3, 2011
Mahasiswa Harap Putrajaya Tidak Rayu Kes Empat Cabar UKM, AUKU
KUALA LUMPUR 3 Nov — Wakil mahasiswa berharap kerajaan khususnya Universiti Kebangsaan Malaysia UKM tidak akan merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Isnin lalu yang memutuskan Seksyen 15 5 a Akta Universiti dan Kolej Universiti AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Kelmarin Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung peruntukan itu akan dibawa ke Kabinet sebelum memutuskan sama ada perlu atau tidak kes itu dibawa ke Mahkamah Persekutuan Kata beliau perbincangan teliti akan dibuat di peringkat kementerian sebelum ia dibawa ke mesyuarat kabinet secepat mungkin Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya berharap kedua-dua pihak berkenaan akan memikirkan semula tindakan mereka dan tidak meneruskan niat mereka Syahid yang juga Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya berkata kenyataan menteri kemungkinan dibuat rayuan menunjukkan kerajaan tidak telus dalam usaha memperbaiki sistem demokrasi negara ini dan berdolak-dalik dalam isu berkenaan “Kenyataan itu jelas menunjukkan sikap berdolak-dalik kerajaan kerana masih lagi cuba menyekat kebebasan mahasiswa menyuarakan pendapat dan pandangan mereka melalui AUKU ” katanya Kata beliau kerajaan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana dilihat bertentangan dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu perutusan khas sempena Hari Malaysia September lalu yang dilihat cuba memperbaiki amalan demokrasi negara melalui pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri selain mahu mengkaji semula beberapa akta yang dilihat sudah lapuk “Kenyataan Kementerian Pengajian Tinggi tempoh hari menunjukkan kerajaan masih tetap mempertahankan AUKU walaupun mahkamah sudah memutuskan akta itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan ” kata pelajar jurusan sains politik ini Ujar Syahid perkara ini tidak perlu dipanjangkan lagi oleh menteri berkenaan kerana AUKU jelas bercanggah dengan tiga prinsip utama demokrasi iaitu kebebasan berhimpun kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan Menurut Syahid lagi pelaksanaan AUKU di institusi pengajian tinggi membuktikan akta itu sebenarnya mempunyai kepentingan peribadi untuk sesetengah individu sahaja “Pelaksanaan AUKU ini dilihat mempunyai kepentingan kepada kerajaan semata-mata kerana kerajaan sebenarnya takut untuk berhadapan dengan suara mahasiswa ” tegasnya lagi Syahid turut menjelaskan mahasiswa sudah lama berjuang agar AUKU dimansuhkan kerana undang-undang itu menjadikan pemikiran pelajar tertutup dan membuatkan mereka tidak peka terhadap situasi persekitaran kerana bimbang akan dikenakan tindakan “Segelintir mahasiswa di institusi pengajian tinggi sekarang hanya tahu tiga perkara apabila melibatkan universiti iaitu kafe kolej dan dewan kuliah “Mereka lebih cenderung untuk tidak mengikuti perkembangan semasa dan menyuarakan pendapat mereka kerana takutkan AUKU ” jelasnya lagi Isnin lalu Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15 5 a AUKU yang melarang pelajar menyatakan sokongan dan simpati atau bangkangan kepada mana-mana parti politik dalam dan luar negara adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Dalam keputusan majoriti 2-1 panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment