
Fudail bin 'Iyadh berkata: "Jikalau matahari sudah terbenam, maka saya pun bergembira sebab saya dapat berkhalwat dengan Tuhan. Tetapi, apabila matahari terbit, maka amat sedih hati saya. Hal ini kerana, saya mesti berhadapan dengan orang ramai." Abu Sulaiman berkata: "Mereka yang mendirikan solat malam itu pada waktu malamnya akan merasakan lebih nikmat daripada mereka yang bersuka ria dengan segala bentuk hiburan. Andai kata tidak ada waktu malam, rasanya saya tidak ingin lagi menetap di dunia ini." Sebahagian ulama ada yang berkata: "Dunia ini tidak ada satu waktu pun yang menyerupai nikmat ahli syurga, melainkan apa yang dirasakan oleh mereka yang mencintai waktu malam, sebab dapat merasai manisnya bermunajat." Ada lagi yang berkata: "Kenikmatan bermunajat itu bukanlah tergolong dari nikmat dunia. Ibadah adalah salah satu nikmat syurga yang diperlihatkan oleh Allah SWT kepada para kekasihNya. Hal ini kerana, selain daripada para kekasih Allah, mereka pasti tidak akan dapat merasakannya." Ibnu Munkadir berkata: "Antara beberapa nikmat dunia, tidak ada yang kekal dan tetap, melainkan tiga perkara iaitu sewaktu bangun solat malam, sewaktu bertemu kawan-kawan dan sewaktu bersolat berjemaah." إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa) dan lebih tetap betul bacaannya. (73:06) Sumber dari Kitab Mutiara Ihya Ulumuddin.. Imam Al-Ghazali.. Salam...... bermunajat
No comments:
Post a Comment