
SEJAK Parameswara dan keturunannya menjadi Sultan Melaka, wilayah semenanjung Melayu ini berada di bawah kedaulatan Islam.Malah bukan saja semenanjung Melayu tetapi kepulauan Melayu yang sekarang muncul dalam bentuk negara moden Malaysia, Indonesia dan Brunei turut menerima Islam.
Sememangnya Malaysia dan Indonesia adalah negara moden, sekular dan demokratik dengan memiliki perlembagaan bertulis dan diiktiraf masyarakat antarabangsa.
Namun, kedudukan Malaysia sebagai wilayah yang berada dalam kedaulatan Islam sejak Kesultanan Melaka tidak terjejas walaupun ia dijajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Keanggotaan Malaysia, seperti juga Indonesia di dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang kehadirannya dalam sistem moden menunjukkan bahawa kedaulatan Islam adalah nyata di dunia.
Apakah kedaulatan Islam?
Apabila sesuatu umat memilih Islam sebagai agamanya dan berterusan menganut serta mengamal, kedaulatan Islam sudah berada di wilayah berkenaan.
Walaupun sistem demokrasi yang meletakkan bahawa rakyat memiliki kuasa dengan pimpinan parti politik yang majoritinya berada di Parlimen, kedaulatan Islam tidak terjejas.
Ini kerana dunia ini adalah milik Allah SWT dan Islam merupakan agama fitrah muka bumi. Inlah kepercayaan orang Islam tidak kiralah banyak mana bilangannya.
Apabila bilangannya majoriti dan memiliki kuasa, kedaulatan Islam tertampil dengan amalannya, apatah lagi jika syiar Islam dinyatakan secara jelas.
Islam di Malaysia jelas dinyatakan dalam perlembagaan. Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam bagi Malaysia. Tetapi kedaulatan Islam tertampil dalam bentuk suara umat Islam.
Antara wadah suara umat Islam di Malaysia muncul dalam bentuk parti politik, PAS. Maka walaupun dalam politik kepartian, PAS merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat, tetapi ia tetap merupakan manifestasi kedaulatan Islam.
Namun begitu, kedaulatan Islam bukanlah satu konsep yang berbentuk ilusi dan fantasi. Bahawa Malaysia mili k kedaulatan Islam adalah real iti.
Mereka yang bukan Islam boleh menolak realiti kedaulatan Islam, tetapi selagi ada orang Islam yang percaya mengenai gagasan ini, ia tetap terus wujud.
Lihatlah Turki. Walaupun kedaulatan Uthmaniah tumbang hinggakan Republik Turki menjadi sekular yang menentang syiar Islam, tetapi kedaulatan Islam terus wujud di buminya.
Maka dengan kemunculan kerajaan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP), kedaulatan Islam terserlah dengan kesedaran bahawa ia tidak pernah terpadam.
Begitu juga apa yang berlaku di Turkestan, wilayah yang meliputi Kazakhstan, Uzbekistan, Kirgyzstan, Turkmenistan dan Turkestan Timur iaitu Xinjiang. Walaupun wilayah-wilayah ini berdekad-dekad di bawah Kesatuan Soviet, tetapi kini kedaulatan menyerlah juga di sana.
Begitu juga dengan di Malaya atau Tanah Melayu. Kedaulatan Islam akan diserlahkan di mana mungkin dan pastinya itulah juga peranan PAS.
Dalam politik demokrasi, PAS memilih bersama Pakatan Rakyat yang kerana banyak sebab dengan sejarahnya tersendiri.
Di kalangan parti-parti Pakatan Rakyat, PAS adalah parti tertua dan iltizamnya untuk mempertahankan dan menegakkan kedaulatan Islam di bumi Malaysia tidak boleh dipersoalkan.
No comments:
Post a Comment