
pesan-pesan sesama muslim
AL-AHZAB – (GOLONGAN YANG BERSEKUTU) – SURAH KE : (33) – Dinamakan “AL-AHZAB” kerana dalam surah ini terdapat beberapa ayat, yaitu Ayat 9 hingga Ayat 27 yang berhubungan dengan peperangan “AL-AHZAB”, yaitu peperangan yang dilancarkan oleh orang-orang Yahudi, kaum munafik dan orang-orang musyrik terhadap orang-orang mukmin di Madinah. Mereka telah mengepung rapat orang-orang mukmin sehingga sebahagian dari mereka telah berputus asa dan menyangka bahawa mereka akan dihancurkan oleh musuh-musuh mereka itu. Ini adalah suatu ujian yang berat dari ALLAH S.W.T. untuk menguji sejauh mana teguhnya keimanan mereka. Akhirnya ALLAH S.W.T. mengirimkan bantuan berupa tentera yang tidak kelihatan dan angin taufan, sehingga musuh-musuh itu menjadi kacau bilau dan melarikan diri. Kemenangan orang-orang mukmin terhadap musuh-musuhnya ialah kerana bersatunya kaum muslimin itu dan ketaatan mereka pada pimpinan.
Diturunkan di Madinah. MENGANDUNGI 73 AYAT.
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM
HUKUM KEKELUARGAAN HARUSLAH BERDASARKAN KETETAPAN ALLAH S.W.T. DAN RASUL
Takwa dan Tawakkal Kepada ALLAH S.W.T.
Ayat 1 Hingga Ayat 3
Hukum Zhihar dan Kedudukan Anak Angkat
Ayat 4 Hingga Ayat 5
Kedudukan Hubungan Darah Dalam Hukum Waris
Ayat 6 Hingga Ayat 8
BANTUAN ALLAH S.W.T. KEPADA KAUM MUSLIMIN DALAM PEPERANGAN AHZAB
Ayat 9 Hingga Ayat 25
PERANG DENGAN BANI QURAIZHAH
Ayat 26 Hingga Ayat 27
KETENTUAN-KETENTUAN ALLAH S.W.T. TERHADAP ISTERI NABI
Ayat 28 Hingga Ayat 34
SIFAT-SIFAT ORANG MUKMIN DAN KEWAJIPAN MEREKA TERHADAP PERINTAH RASUL
Ayat 35 Hingga Ayat 36
HUKUM ANAK ANGKAT TIDAK SAMA DENGAN ANAK KANDUNG
Ayat 37 Hingga Ayat 40
KEHARUSAN MENGINGAT ALLAH S.W.T.
Ayat 41 Hingga Ayat 44
MUHAMMAD S.A.W. ADALAH RASUL YANG DIUTUS UNTUK SEGENAP UMAT MANUSIA
Ayat 45 Hingga Ayat 48
BEBERAPA KETENTUAN ISLAM TENTANG HUKUM PERKAHWINAN
Wanita Yang Diceraikan Sebelum Dicampuri Tidak Ada ‘Iddah dan Harus Diberi Muta’ah
Ayat 49
Wanita Yang Halal Dinikahi Rasullullah s.a.w.
Ayat 50
Nabi Boleh Memilih Di Antara Isteri-Isterinya, Siapa Yang Akan Tetap Dipegangnya dan Siapa Yang Akan Dilepaskannya
Ayat 51
Nabi Tidak Boleh Kahwin Lagi Sesudah Ayat Ini Diturunkan
Ayat 52
ADAB DAN SOPAN SANTUN DALAM RUMAHTANGGA NABI S.A.W.
Ayat 53 Hingga Ayat 58
KEHARUSAN WANITA PAKAI JILBAB, BILA BERADA DI LUAR RUMAH
Ayat 59
ANCAMAN-ANCAMAN TERHADAP ORANG-ORANG MUNAFIK, DAN ORANG-ORANG YANG MEMBUAT KERUSUHAN DI MADINAH
Ayat 60 Hingga Ayat 62
HANYA ALLAH S.W.T.-LAH YANG MENGETAHUI BILA TERJADINYA HARI BERBANGKIT
Ayat 63
ANCAMAN TERHADAP ORANG-ORANG KAFIR
Ayat 64 Hingga Ayat 68
TAKWA KEPADA ALLAH S.W.T. MEMBAWA KEPADA PERBAIKAN AMAL DAN AMPUNAN DOSA
Ayat 69 Hingga Ayat 71
SEGI KEZALIMAN DAN KEBODOHAN MANUSIA IALAH MAHU MENERIMA TUGAS TETAPI TIDAK MELAKSANAKANNYA
Ayat 72 Hingga Ayat 73
No comments:
Post a Comment