Firman Allah swt; “Dan barangsiapa yang berjihad (melakukan kebaikan),maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sungguh, Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.” [surah 29; al-ankabut; ayat 6]
Saturday, December 31, 2011
Antara ahli PAS dan orang PAS
"Bercakap pasal Datuk Hassan Ali bukan ahli PAS teringat saya dengan beberapa orang yang bukan ahli PAS bertanding sebagai calon PAS lantas menang dan dilantik salah seorang EXCO dalam kerajaan PAS Terengganu.
Sama ada benar atau tidak beliau itu bukan ahli PAS sampai sekarang kita tak tahu. Yang tahu kedudukan tersebut hanya PAS pusat sahaja. Demikian juga status Datuk Dr Hassan Ali.
Kita hanya dengar cerita sahaja. Tapi cerita sahih yang penulis ketahui Datuk Ustaz Harun Taib ketika masih belajar di Mesir balik bertanding sebagai calon PAS dulu dia bukan ahli, tapi dia orang PAS.
Pada saya demikian juga pasal Datuk Dr Hassan Ali yang buat kecoh baru baru ini. Jika benar dia bukan ahli PAS tapi dia orang PAS yang pernah bertanding dan menang sebagai ahli Parlimen PAS Perak.
Bukan setakat itu sahaja malahan beliau menang di kerusi DUN di Selangor. Dalam musim pilihanraya umum ke 12 beliau bertanding lagi sebagai calon PAS di Selangor dan menang lagi lantas dilantik sebagai EXCO.
Apa pun beliau disifatkan sebagai salah seorang orang PAS yang menganggapnya dirinya berilmu dan paling bijak dalam PAS secara individu.
Beliau dianggap sesetengah puncuk pimpinan PAS tidak memperdulikan adab jemaah dalam Islam.Bukan beliau seorang sahaja yang berperangai seumpama itu malahan ramai.
Bukan setakat itu sahaja malah beliau tidak menyedari tindakannya itu akan menjadi mangsa serigala politik yang menjadi musuh perjuangan Islam.
Presiden PAS dalam satu kenyataan ada menyebut secara umum kepada Ahli dan orang PAS sesiapa yang ber berlagak pandai tanpa ilmu yang sebenar akan tersungkur dengan lagaknya.
Sehubungan cakap cakap pasal Datuk Dr Hassan Ali bukan ahli PAS teringat saya pada nama Tun Salleh Abbas yang dikatakan bukan juga ahli diberi kepercayaan bertanding sebagai calon PAS dan menang pada pilihanraya umum 1999.
Bukan setakat itu sahaja malahan beliau dilantik sebagai EXCO.Sehingga hari ini kita tak tahu status sebenar sama ada sudah isi borang jadi ahli PAS atau sebaliknya.
Dalam diam diam timbul cerita dan cakap cakap, ustaz Azhar Idrus yang popularitinya lebih tinggi berbanding presiden PAS sekarang juga disebut bukan ahli PAS tapi menjadi pendakwah diatas pentas PAS.
Ini hanya cerita yang menjadi buah mulut kebanyakan orang PAS. Mungkin beliau sudah jadi ahli PAS ,tapi ramai tak tahu.Macam juga Datuk Dr Hassan Ali, yang dikatakan dia bukan ahli PAS tapi dia orang PAS.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment