Wednesday, December 14, 2011

Jangan Mudah Terpedaya Umpan umNo...


Sudah tiba masanya orang Melayu merancang politik mereka untuk masa depan yang lebih gemilang dan tidak hanya terpedaya dengan imbuhan yang diberikan oleh Umno BN menjelang PRU 13 semata-mata.

Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Mahfodz Mohamed berkata, orang Melayu jangan terpedaya dengan tipu helah Umno dan jika suasana ini terus berlaku Orang Melayu akan terus hanyut.

“Apabila menjelang pilihanraya orang Melayu mula diberi bermacam-macam imbuhan dan wang, kenapa waktu ini sahaja? Umno memang tidak ikhlas dalam membela martabat orang Melayu” katanya.

Bagaimana pun katanya, PAS memberi kebajikan kepada orang Melayu dan Islam bukan bermusim sepertimana waktu pilihanraya kerana mereka mempunyai tindakan dan blueprint yang disediakan.

“Secara jujur tidak kira Melayu atau bukan Melayu, kalau rakyat yang dibantu kerana kemiskinannya, kita kena bantu. Jangan memandang bangsa atau agama” katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Johor sewaktu mengulas saranan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam surat terbukanya kepada orang Melayu baru-baru ini.

Walaupun PAS belum diberi mandate memerintah negara ini, katanya PAS telah ada pelan kebajikan sepertimana yang ditekankan dalam muktamar oleh Presiden PAS.

“Negara berkebajikan bukan sahaja negara dan badan kebajikan bahkan orang yang berkemampuan berlumba-lumba membuat kebajikan” kata Dr Mahfodz.

No comments:

Post a Comment