
Para Pejuang PAS khususnya para ulamak diseru supaya memastikan isteri,anak-anak dan kaum keluarga mereka meneruskan kesinambungan perjuangan Islam untuk memastikan usaha dakwah ini berterusan di bumi Malaysia ini.
Demikian ulasan dan taujihat yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, Ustaz Abdullah Hussein ketika menyampaikan ucapan berkenaan peranan ahli PAS terutamanya para ulamak dalam memastikan risalah PAS terus disambung oleh ahli kaum keluarga dan zuriat para pejuang Islam.
Menurut beliau lagi, usaha dakwah ini bukan untuk individu sahaja tetapi ianya mesti diperkukuhkan dengan mewujudkan jaringan yang kukuh dalam institusi kekeluargaan itu sendiri.
Dalam sesi soal jawab, salah seorang ahli jawatankuasa Dewan Ulamak Negeri Melaka turut berkongsi kejayaan beliau dalam memberikan tarbiah kepada seluruh keluarga beliau dengan mengadakan usrah wajib secara berkala dalam bentuk bulanan . Menurut beliau lagi, beliau bersyukur kerana usaha beliau telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.
Para peserta bersepakat bahawa pentarbiahan di rumah merupakan asas permulaan yang penting disamping kita terjun ke medan masyarakat dalam usaha memperkembangkan risalah dakwah ini.
No comments:
Post a Comment