Tuesday, December 20, 2011

SEJARAH TURUN BENDERA.


PADA 30 Ogos 1957, tepat jam 6.30 petang bertempat di Padang Banda Hilir, Melaka telah berlangsung upacara menurunkan bendera Union Jack. Penurunan bendera yang dilakukan lebih awal daripada tempoh berakhirnya pemerintahan British di Tanah Melayu ini menandakan berakhirnya pentadbiran British di Melaka selama 133 tahun. Bendera ini diturunkan oleh dua orang anggota dari kapal perang kecil, H.M.S. Saint Bride’s Bay dengan diiringi oleh tiupan serunai. Bendera Union Jack ini kemudiannya diserahkan kepada Resident Commissioner, Tuan H.G. Hammett. Upacara bersejarah yang menyaksikan Melaka dan seluruh Persekutuan Tanah Melayu bebas daripada cengkaman penjajah.

PADA 17 Dis 2011, Kumpulan mahasiswa yang terdiri gabungan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) bergerak menuju ke bangunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menurunkan bendera Perdana Menteri Dato Seri Hj Najib Razak yang berada ditiang hadapan pejabat ameNO Pusat disini. Peserta kemudiannya menaikkan bendera Soladitari Mahasiswa Malaysia bagi menggantikan bendera Hj Najib Razak. Ini adalah tanda bahawa pemerintahan Hj Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia tidak disenangi oleh golongan pelajar berpendidikan tinggi. Kejadian penurunan bendera ini telah mendapat liputan meluas diseluruh tanah air berikutan tindakan agresif pihak penyokong Hj Najib yang hilang kewarasan bertindak dengan pelbagai ugutan seperti cubaan menumbuk dan ingin meludah muka para mahasiswa di tanah air ini.

*Kejayaan membawa turun bendera Najib itu adalah simbolik kepada bakal berakhirnya pemerintahan ameNO beEnd di Putrajaya.

Masanya akan tiba juga samaada terpaksa atau dipaksa.

No comments:

Post a Comment