Friday, January 20, 2012

GELAGAT BAKAL CALON beEND

Hassan Ali makin hari makin galak mengkritik PAS. Dulu kalau nak kritik PAS dan Pakatan Rakyat masih menggunakan bahasa berlapis tetapi sekarang secara terang-terang menyerang PAS. Mungkin yang di impikannya selama ini. Dendam kesumat selepas di singkirkan dari PAS terus membara di hati kudunya. Kini berjinak jinak dan bersila dikaki lima ameno. Terbukti parasit yang dicanang-canang oleh beliau adalah dirinya sendiri. Selepas perlantikan Exco baru bagi menggantikannya Hassan Ali menyalak lagi. Pelbagai tohmahan dilemparkan oleh beliau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat. Dengan menyifatkan PAS telah dipijak dan menjadi 'pak turut' kepada komponen Pakatan Rakyat di Selangor. Tanpa disedari, beliau sendiri telah pun bersekongkol dengan kezaliman pemerintah. Dengan menyalak sanasini mungkin berkait rapat dengan PRU 13 nanti, agar dilihat sebagi hero baru dan penyelamat kelemasan ameno ketika ini setelah di asak bertubi tubi oleh pakatan rakyat.

No comments:

Post a Comment