Tuesday, April 10, 2012

CERAMAH UMUM DI KAMPUNG BATU 14

Penyelaras DUN saudara Mohamad Jan Sulong menyampaikan ucapann alu-aluan dan memaklumkan bahawa bantuan kerajaan negeri Selangor sebanyak RM1,000.00 sudah mula diserahkan kepada mangsa-mangsa banjir bermula petang semalan di Kuala Perdek. Penyerahan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat sehingga semua yang terlibat mendapat haknya tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik.
ADUN Kajang YB Cikgu Lee banyak menyentuh tentang Islam dan orang Cina. Banyak perkataan arab dan berkaitan Islam disentuh hingga seolah-olah beliau sedang memberi tazkirah. Beliau menyatakan bahawa orang Cina banyak belajar tentang Islam dari PAS sedangkan UmNo menjauhkan Islam dari masyarakat Cina.
Saudara Mustafa Kamil Ayub banyak mendedahkan kelemahan UmNo dan BN dalam mentadbir negara hingga menyebabkan hutang negara bertimbun dan hampir maksimum. Banyak kemudahan yang tidak dapat disediakan kepada rakyat kerana banyak wang negara habis dibazirkan dan hilang akibat ketirisan. Akibatnya pendidikan percuma gagal dilaksanakan.
YB Ustaz Dr Mujahid menyambung ceramahnya selepas berkuliah Maghrib di Masjid Pekan Bt 14. Beliau banyak menyentuh tentang penipuan UmNo dan SPR dalam mengendalikan pilihanraya. Ini termasuk keperluan menyiasat oleh Suruhanjaya Diraja tentang dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing supaya mengundi BN. Begitu juga daftar undi yang meragukan.
Tuan Hj Muallimin bertekad meninggalkan UmNo dan masuk PAS setelah melihat kesungguhan PAS dalam membantu keluarga beliau semasa musibah banjir baru-baru ini. Terutama sekali pada masa tersebut beliau berada di Tanah Suci Mekah dan hanya mampu berdoa agar ada orang yang datang membantu keluarganya... dan orang yang datang membantu adalah jentera PAS dari Unit Amal. Walaupun beliau pernah menyandang jawatan tinggi dalam UmNo bahagian namun beliau melihat UmNo gagal memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat. Tambahan pula penghinaan yang diterimanya semasa beliau ditimpa musibah menyebabkannya bertekad meninggalkan UmNo dan membawa rakan-rakannya sekali keluar UmNo dan masuk PAS.
Gambar kenang-kenangan sebelum majlis bersurai.

No comments:

Post a Comment