Thursday, September 15, 2011

Masalah air di Felda berlarutan, PM dan TPM ada peduli?

Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011 - Rakyat Didahulukan? Salam satu Malaysia..Mengapa tajuk di atas saya pilih? kerana segelintir jabatan yang tidak benar-benar prihatin kepada rakyat maka laungan keramat “Rakyat didahulukan” itu menjadi bahan senda rakyat yang kecewa.

Negara telahpun mencapai kemerdekaan yang ke 54 tetapi masih terdapat kemudahan ASAS yang masih belum mencapai standard yang sepatutnya.

Saya mewakili anak Felda khasnya di Felda Palong merasa amat kecewa kerana telah berpuluh tahun masalah ketiadaan air setiap kali musim perayaan berlaku. Bukan sahaja Musim perayaan bahkan setiap kali musim percutian sering kali sahaja masalah yang sama berulang.

Setiap kali masalah durujuk kepada pihak berkenaan kami sering mendapat jawapan yang sangat mengecewakan.

Jika dahulu aduan kepada pihak berkenaan dijawab dengan masalah pengguna masih menggunakan paip lama dan tidak menepati standard tapi kini apa lagi? apakah kami perlu menukar paip sedia ada kepada paip yang bersaiz pembentung?

Kerana mereka inilah generasi kedua felda mula bosan dan sering terdengar keluhan yang rakyat memang didahulukan sekiranya terdapat kirisis2 sebegini.

Sia-sia sahaja usaha PM dan jentera Kerajaan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat sekiranya masih terdapat jabatan-jabatan yang kurang efisien dalam menangani isu-isu penting seperti ini.

Saya amat berharap perkara ini diambil tindakan SEGERA.

Sekian Terim Kasih

By: zabrina kamarudin
http://www.aduanrakyat.com.my/rakyat-didahulukan

Masalah Air Sejak Bertahun Lama
Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011

Assalamualaikum wbt

Saya merupakan salah seorang anak peneroka di Felda Sri Ledang, Ledang. Saya amat berharap sekiranya pihak aduan rakyat dapat membantu peneroka felda ini mengatasi masalah bekalan air.

Setiap tahun pada musim perayaan masalah ini akan timbul. Bukan pada tahun ini sahaja, tetapi sejak generasi terdahulu lagi. Untuk pengetahun pihak aduan rakyat, kawasan Felda ini kerap kali dikunjungi Timbalan Perdana Menteri dan berada di bawah kawasan ‘jagaan’ beliau. Namun masalah ini seperti tiada jalan penyelesaian. Dimanakah kebenaran ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’?

Saya amat berharap pihak aduan rakyat dapat membantu kami mencari punca kenapa timbulnya masalah ini.

By: NURSUHADAH
http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-sejak-bertahun-lama

Sering Mengalami masalah ketiadaan air di FELDA JENGKA 23
Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011

Saya salah seorang anak peneroka sangat tidak berpuas hati dengan tindakan daripada pihak berkenaan iaitu JBA berkenaan dengan masalah yang selalu dan sering kami alami di tempat tinggal kami iaitu di Felda Jengka 23.

Setiap minggu kami akan mengalami masalah ini, dalam seminggu hanya 2 hari sahaja kami mendapat bekalan air. Krisis ketiadaan air ini merumitkan kami dalam menyediakan persiapan hari raya. Mintak sangat masalah ini dapat perhatian.

Penduduk di petempatan ini adalah ramai dikalangan golongan tua. Kesukaran mereka untuk mengangkat air dari perigi atau sebaliknya.

By: norul ain

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my"

No comments:

Post a Comment