1. Sekarang ini heboh disana sini pasal pejuang Kemerdekaan. Ada yang kata Mat Indera bukan Komunis dan ada yang kata Mat Indera Komunis. Sejarah tetap terpahat mengikut nukilan sejarah dan fahaman dan tafsiran masing-masing. Yang hak tetap hak, yang bathil tetap bathil.
2. Kerajaan mula mengambil kesempatan dari peristiwa ini untuk kononnya membela wira-wira negara yang mempertahankan keamanan dari ancaman Komunis dan Sebersif. Keluarlah puak-puak pengampu dulu, kini dan selamanyamarahkan Komunis yang telah menyerah diri dan orang-orang dituduh membela dan menyokong komunis.
3. Timbulnya isu ini, barulah kerajaan nak gunakan puak-puak pengampu sebagai perisai untuk mempertahankan kuasa politik mereka yang terancam
4. Apakah yang mereka bela kita bekas-bekas tentera dan wira negara yang berjuang dizaman dharurat, konfrantasi, 13 Mei dan berjuang bertempur dengan komunis berjalan dan berpijak diatas jerangkap samar(bobby traps), sehingga ada yang terkorbandan putus kaki tangan tercedera kerananya.
5. Kita bekas tentera hanya alat untuk mereka hidup aman damai mestilah dengan cita-cita mereka untuk menjadi orang penting negara melalui politik kotor mereka.
6. Apakah kita yang berjuang dizaman dharurat, Komunis, Konfrantasi, 13 Mei dan era jerangkap samar telah dibela sepenuhnya. Nasib jurugambar yang mati di Somalia baru-baru ini lebih baik dari nasib kita, nasib komunis yang menyerah diri lebih baik dari nasib kita. Kita terus dipinggirkan tanpa pembelaan dari kerajaan mahupun pembangkang. Tidak pernah pun terdengar pembangkang menyuarakan nasib kita di Parlimen atau di ceramah-ceramah mereka. Kerajaan pula mencari publisiti dan glamour dari kesempitan dan kepayahan kita.
7. Sedarlah saudara seperjuanganku, pencen kita yang berjuang dizaman dharurat, Komunis, 13Mei dan jerangkap samar dulu hanyalah separuh dari mereka yang pencen sekarang. Apakah Kita yang hidup dan tidak cedera ini bukan pejuang dan wira? Hanya mereka yang gugur dan tercedera sahaja dianggap wira dan pahlawan?Kita bekerja sebagai satu pasukan, sepatutnya baik yang hidup ataupun yang gugur tetap dianggap sebagai pejuang atau wira negara.
8. Seharusnya kita insaf dan sedar diri, kita bekas tentera ini patut membela rakan-rakan seperjuangan kita untuk kerajaan menimbang semula pencen atau elaun kita yang berjuang dizaman dharurat, Komunis, Konfrantasi, 13 Mei dan jerangkap samar dulu. Taraf dan kos kehidupan bertambah tinggi tetapi pencen kita masih diparas zaman dharurat dan komunis dulu."
No comments:
Post a Comment