Oleh Abdul Hadi
HULU LANGAT : Tragedi tanah runtuh yang berlaku di Kampung Sungai Gahal Hulu Langat sekitar 5 bulan yang lalu membabitkan 25 penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa. 16 daripadanya dilaporkan terkorban manakala 9 daripadanya dapat diselamatkan.
Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi Tabung Kemanusiaan Pemuda berjaya mengumpul sehingga RM 22,000 hasil bantuan daripada orang ramai dan telah menyerahkan kepada pihak pengurusan rumah anak-anak yatim tersebut semalam.
"Hasil dari kunjungan DPPM, kami diberitahu bahawa ada anak-anak yang masih trauma dan ada yang mengalami kecacatan kekal," kata ketua mereka Ustaz Nasrudin Hassan. DPPM juga ingin mengucap tahniah kepada pihak YADIM kerana membenarkan komuniti pusat itu untuk tinggal sementara di salah sebuah prasarana mereka di Semungkis dan juga penduduk tempatan yang ringan tangan membantu anak-anak tersebut.
"Kami diberitahu anak-anak di dalam proses menghafal al-Quran dan mendalami Islam. Jadi kami berharap ada peruntukan yang dapat diberikan kepada mereka untuk memberikan persekitaran yang terbaik kepada anak-anak ini dalam pengajian mereka", kata Pengarah Pilihanraya DPPM Mohd Sany Hamzan.
Sebagai makluman, pusat ini juga turut menjaga 2 ahli mereka yang mengalami kecacatan kekal pada kaki mereka yang terpaksa dipotong ekoran dari tragedi yang menimpa diri mereka. Justeru, DPPM menyeru kepada semua pihak yang mempunyai kemampuan untuk memberikan sumbangan menerusi akaun Maybank Tabung Kemanusiaan Pemuda : 564025400100.
No comments:
Post a Comment