
Oleh: amkns
"Ni apa cerita ni , nak dekat 1 juta para graduan kita menganggur ni, secara tepatnya 952,000 mahasiswa kita menganggur dalam satu laporan akhbar bertarikh 11 Oktober 2011. Bajet 2012 bukan main sedap cerita, boleh kerja sampai umur 60 tahun, naik gaji, beri bonus, beri RM500 dan macam-macam lagi.
Habis 1 juta graduan rakyat kita menganggur nak buat apa? Buat apa belajar penat-penat 5 tahun, kena bayar lagi pinjaman PTPTN tapi kerja jadi jurujual, tanam pisang, berniaga pasar malam.
Baik lepas SPM kerja terus. Tak pun suruh atok nenek kerja sampai umur 60 tahun untuk tanggung cucu menganggur.
Jangan lupa baca ya, kisa ribuah graduan para guru yang sedang menganggur di http://amkns.blogspot.com/2011/10/berita-sedih-ribuan-bakal-guru-dalam.html
Utusan Malaysia - 11 Oktober 2011
STATISTIK sehingga Julai tahun lalu, seramai 952,000 mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta masih menganggur walaupun mempunyai kelayakan yang baik.
Fenomena itu menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya bakal siswazah. Pembangunan pesat institusi pengajian tinggi yang lahir persis cendawan yang tumbuh selepas hujan menyaksikan lebih 24,000 graduan 'dilahirkan' oleh IPTA dan IPTS seluruh negara setiap tahun.
Ia mengundang persaingan yang lebih hebat perlu ditempuhi oleh graduan untuk mendapat tempat di pasaran pekerjaan yang semakin terhad.
No comments:
Post a Comment