Monday, October 31, 2011

Ulamak Tekad Teruskan Penerangan


"Kuala Lumpur, 31hb Okt 2011. Dewan Ulamak PAS Pusat InsyaAllah akan terus membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh Umno dengan menganjurkan siri program dan penerangan secara berterusan menurut kacamata syariat Islam.

Demikianlah diantara perkara yang dipertegaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat dalam mesyuarat bulanan yang diadakan semalam.Seluruh perwakilan dari seluruh negara telah menyatakan keazaman mereka untuk menggerakkan usaha ini.

Dewan Ulamak insyaAllah akan terus menggerakkan semaksimum mungkin segala jenteranya yang terdiri daripada pelbagai lajnah untuk merealisasikan hasrat ini.
Siri-siri penerangan dan program yang bakal digerakkan oleh Dewan Ulamak PAS ini bertujuan untuk memastikan rakyat dapat diberikan maklumat yang sebenar tentang kepincangan yang dilakukan oleh Umno yang menyebabkan kedudukan Islam di negara tidak berada pada kedudukan yang sepatutnya.

Para Ulamak diseru memainkan peranan mereka untuk memastikan Islam terus berdaulat dinegara ini dengan memberikan kepercayaan kepada golongan yang cintakan Islam untuk menguruskan perjalanan negara.

No comments:

Post a Comment