
Sejak sekian lama, UMNO memainkan lagu yang bermaksud perlaksanaan hudud adalah tugas PAS sahaja bukan tugas UMNO dan lain lain organisasi atau NGO Islam. Seiring itu, berbagai bagai hujah dan alasan dilontarkan UMNO untuk menunjukkan PAS gagal melaksanakan tugas itu seperti satu ketika dulu, UMNO melaungkan PAS bertanding 70 kerusi yang tidak cukup untuk membentuk kerajaan sekalipun menang kesemua 70 kerusi itu.
Kemudian mereka melaga lagakan PAS dan DAP dengan ungkapan tidur sebantal tetapi mimpi lain lain ketika PAS berusaha untuk bertahalul sisasah dengan DAP. Tidak cukup dengan itu, UMNO turut mendakwa DAP menolak hudud dengan momokan kenyataaan KARPAL yang pernah menyebut "over my dead body". Kini UMNO mempopularkan laungan DAP ganti PAS sebagai usaha memberitahu rakyat bahawa PAS sudah tidak berminat melaksanakan hudud dan carahidup Islam tetapi hanya mahu merebut kuasa politik semata mata di mana PAS sanggup berbuat apa saja untuk mencapai tujuan politiknya. Inilah kedangkalan dan kebodohan UMNO sebenarnya kerana cuba menyatakan bahawa TUGAS MELAKSANAKAN HUDUD HANYALAH TUGAS PAS dan melupakan hakikat bahawa setiap orang ISLAM adalah wajib memikul tugas ini sesuai dengan pengakuan hamba ketika mambaca ALFatihah dalam solat serta akur dengan firman ALLAH yang bermaksud "MENDENGAR DAN MENTAATI".
Tetapi UMNO tidak mahu memikul tugas hamba ini serta berusaha sedaya upaya menggagalkan usaha perlaksanaan hudud dengan berbagai bagai alasan logik akal. Tetapi ketika UMNO mendakwa tugas melaksanakan hudud hanyalah tugas PAS (yang pada mereka sudah gagal kerana berpakat dengan DAP), UMNO disedari sedang tunduk kepada MCA dan Gerakan yang secara terbuka menolak hudud.
UMNO ternyata tidak menyedari akan perintah ALLAH untuk melaksanakan carahidup ISLAM adalah untuk semua orang ISLAM bukan setakat orang ISLAM yang berada dalam PAS sahaja. Ini bermakna orang orang ISLAM yang berada dalam UMNO juga akan dipertanggungjawabkan dalam perlaksanaan ini. Sebaliknya UMNO tetap bebal dalam mempertahankan ISLAM tanpa hudud dan ISLAM yang menggalakkan maksiat dan kemungkaran kerana pada mereka kesemua perkara perkara maksiat yang digalakkan itu bukan maksiat pada sudut pandangan akal mereka tetapi sesuatu yang mesti dibenarkan kerana itu hak asasi yang tidak boleh dihalang oleh mana mana pihak.
Tetapi malang bagi UMNO kerana gagal membezakan antara hak beragama dan hak sejagat. Bagi UMNO semua hak ini adalah sejagat tetapi melupakan hak beragama yang sepatutnya dihormati oleh semua pihak. UMNO gagal membezakan antara maksiat bagi agama Islam dan agama lain serta gagal membuat pengasingan antara keduanya seperti mana ditunjukkan oleh firman ALLAH yang bermaksud"TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA' dan "BAGI KAUM AGAMA KAMU DAN BAGI KAMI AGAMA KAMI"
Sebab itu ketika membantah sex mereka baru baru ini, UMNO merojakkan antara hak bergama dan hak kebebasan liberal yang malah menteri agamanya kedengaran merujuk kepada perlembagaan negara tetapi tidak mahu merujuk kepada ayat quran di atas. UMNO cuba menangguh di air keroh dalam kes sex mereka ini kerana kebetulan yang terlibat ialah seorang ahli PR yang juga menjadi ketua BERSIH 2. 0. Tetapi UMNO menutup sebelah mata dengan penglibatan MARINA MAHADIR YANG BERAGAMA ISLAM, ANAK BEKJAS PM SERTA MERUPAKAN AHLI UMNO.
UMNO tetap gagal membezakan perintah ALLAH untuk perlaksanaan hudud seolah olah mereka dikecualikan ALLAH untuk melaksanakan tugas ini. UMNO tetap jahil ketika mendakwa PAS sudah gagal menggalas tugas perlaksanaan ini kerana sudah tunduk kepada DAP. Namun lebih jahil dan bebal bagi UMNO untuk mendakwa merekalah pembela agama, merekalah sahaja yang layak memerintah negara sedangkan PAS hanya mahukan kuasa politik semata mata. Mereka mahu rakyat lupa dan alpa bahawa untuk melaksanakan hudud, orang Islam perlukan kuasa politik , kerana itu PAS menyertai pilihanraya untuk mendapatkan kuasa itu. Tetapi kebebalan besar UMNO ialah mereka sudah ada kuasa politik yang sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan hudud bukan menafikan perlaksanaannya.
Siapa yang memberikan pengecualian kepada UMNO yang masih beragama ISLAM? Yang jelas kepada pandangan mata kasar, mereka sendiri memberi pengecualian itu walaupun mereka tahu itu sudah melanggar kepatutan seorang hamba kepada Khalidnya. Lalu mereka cuba membentuk ISLAM tanpa hudud, dengan memberi galakkan dan sokongan penuh kepada urusan kehidupan selain urusan jenayah kepada urusan yang ISLAMI seperti hari ini perbankan Islam sudah dijadikan undang undang, begitu juga munaqahak yang cukup cukup diambil berat oleh pejabat agama tetapi apabila sampai kepada desakan hudud, masing maisng pihak bertanggungjawab dalam agama seperti JAKIM dan IKIM cuba mengelak.
Wahai UMNO, tugas melaksanakan Hudud bukan tugas PAS tetapi tugas setiap orang Islam."
No comments:
Post a Comment