
"Kalaulah desakan dari pembangkang supaya beliau mengundurkan diri dan meletak jawatan, dan tidak dihiraukannya mungkin bukan masalah baginya. Mungkin dia dapat bertahan.
Bagaimana pula kalau desakan itu datangnya dari ‘geng’ sendiri. Tentu lebih bermasalah bagi Shahrizat Abdul Jalil nak menanganinya. Sudah pasti desakan itu makin merebak. Ini masalah bagi Shahrizat yang terbabit kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.
Kali ini desakan supaya berundur datangnya dari MCA, sahabat baik UMNO dalam BN. Ia disuarakan oleh timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun supaya beliau tidak bertanding lagi dalam PRU-13.
Kita lihat antara senarai UMNO BN sendiri yang mendesak beliau berundur. Sebelum ini Ahli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang mendesak Shahrizat berundur. Dr Mahathir juga berkata Shahrizat patut tahu bila dia patut pergi. Bung Moktar Radin ahli parlimen Kinabatangan juga dua kali menghentam Shahrizat supaya berundur. Selepas ini kita lihat siapa pula yang akan meluahkannya.
Mereka sekata dengan pihak pembangkang yang sememangnya Shahrizat memang bermasalah berkaitan ‘lembunya’. Muhyiddin menyokong penuh kerana beliau Menteri Asas Tani ketika projek diberikan. Masalah bagi Shahrizat kerana projek NFC diperolehi suaminya dan dia menteri kerajaan. Orang buta pun mengetahui cara bagaimana NFC diperolehi suaminya. Onar NFC pula kerana
-Membeli dua unit kondominium mewah ‘One Menerong’ (RM13.8 juta)
-Membiayai Umrah atas nama suami dan anak lelaki (RM31,580)
-Perbelanjaan peribadi (RM26,400)
-Membeli Mercedes Benz CLS350 (RM534,622)
-Membeli dua lot tanah di Putrajaya (RM3.36 juta)
-Percutian mewah (RM455,423)
Laporan terbaru Malaysiakini, Shahrizat masih sempat berkata “tidak, tidak” apabila ditanya tentang desakan perletakkan jawatannya. Selepas ini bolehlah kita meneka selama mana Shahrizat bertahan!!
No comments:
Post a Comment