
Oleh: Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Muqaddimah
Islam didahulukan, Melayu bersamanya. Bukan Melayu didahulukan, Islam
mengikutnya, kerana Islam ditegakkan Melayu selamat. Kalau Melayu ditegakkan
di atas aqidah kebangsaannya, Melayu sesat, Islam terpinggir. Inilah kecuaian
Umno sejak ditubuhkan sehingga kini.
Kecintaan kepada keluarga, kaum dan bangsa adalah fitrah yang digalakkan oleh
Islam, tetapi menjadikannya aqidah perjuangan adalah satu kesesatan. Rasulullah
S.A.W. memulakan perjuangan dengan keluarga dan kaumnya, tetapi dengan
aqidah dan berpandukan Islam.
Rasulullah S.A.W. adalah ikutan yang dilantik oleh Allah, bukan dilantik melalui
pilhanraya atau perhimpunan agung mana-mana parti. Apabila Rasulullah S.A.W.
dilantik menjadi Rasul akhir zaman kepada seluruh alam, dipilih daripada kalangan
bangsa Arab qabilah Quraisy, paling jahil, miskin dan berada di tengah padang
pasir paling gersang, tetapi menjadi paling sabar, berani dan paling lasak
menghadapi cabaran kalau ditarbiyah.
Paksinya Islam, bukan bangsa
Bangsa Arab seluruhnya berpecah dan berperang sesama sendiri. Semenanjung
Arab, tanah air mereka dijajah oleh kuasa besar dunia Parsi dan Rom.
Persoalannya apakah yang didahulukan oleh Rasulullah S.A.W? Sama ada
memulakan perjuangan di atas semangat kebangsaan Arab, satukan mereka
terlebih dahulu di atas semangat kebangsaan itu, tegakkan perjuangan
kemerdekaan menentang penjajah Parsi dan Rom, selepas itu Islam boleh tegak 2
dengan sendiri bersamanya. Atau mulakan dengan Islam, perkasakan bangsa Arab
dengan Islam yang sempurna, aqidah, syariat dan akhlak?
Ucapan pertama disampaikan kepada penduduk Makkah dengan arahan wahyu
daripada Allah ialah firman Allah:
Maksudnya: Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya aku adalah utusan Allah
kepada kamu semua, iaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak
ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan
mematikan. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi
yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan
ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk." Al-A‟raf: 158
Bukan dengan seruan „hidup Arab Islam selamat!‟, hanya bangsa Arab yang boleh
menegakkan Islam , macam slogan Umno : „hidup Melayu!‟.
Tegasnya bahawa Rasulullah S.A.W. memulakan perjuangan mengajak bangsa
mengikut Islam, bagi memerdekakan diri daripada jahiliyah dalam diri sendiri
terlebih dahulu dengan bangsanya mengikut Islam. Walaupun mendapat
tentangan hebat daripada pemimpin kaum bangsa dan keluarganya sendiri,
sehingga dihalau daripada tanah air tempat dilahirkannya (Makkah). Kemudian
menggunakan kuasa pemerintahan Islam yang ditegakkan oleh kaumnya yang
menerima Islam dengan beriman mengikutnya dengan sempurna dan mengumpul
serta menyatukan mereka dengan Islam. Kemudian kembali semula ke Makkah
untuk memerdekakannya daripada kuasa pemerintahan jahiliyah Arab yang
dipimpin oleh ayah mertuanya sendiri Abu Sufian bin Harb.
Islam diamal dan disampaikan
Allah mewafatkan Rasulullah S.A.W. setelah ajaran Islam disempurnakan secara
wahyu serta cara beramalnya dinyatakan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W. dan
setelah menyampaikan mesej Islam secara bersurat yang dihantar kepada negara 3
dan bangsa yang bukan Arab. Ada yang menerima Islam, ada yang tidak
menerima tetapi berdamai dan ada yang mengambil sikap permusuhan.
Sebelum wafat Rasulullah S.A.W. Allah menegaskan kepadanya secara wahyu
kepada bangsa Arab yang menganut Islam supaya berpandukan Islam, di
antaranya Allah memberi amaran :
Maksudnya: “Jika kamu berpaling (dari menegakkan Islam) nescaya Dia akan
menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti
kamu ini.” Muhammad: 38
Kepimpinan Islam diteruskan
Khalifah Abu Bakar mengambil alih memimpin negara menentang bangsa Arab
yang murtad (berpaling tadah menentang Islam). Penyelewengan berlaku dengan
bantuan penjajah Parsi dan Rom. Setelah Khalifah Abu Bakar berjaya mengalahkan
bangsa Arab yang murtad maka dimulakan dakwah mengajak kaum lain kepada
Islam tanpa paksaan.
Dua kuasa besar dunia menentang secara ketenteraan kerana menganggap
bangsa Arab yang menganut Islam itu masih lemah seperti sebelum Islam. Tibatiba dua kuasa besar dunia ikut tumbang kerana jahiliyyahnya, walau pun mereka
maju dari segi kebendaannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat. Khalifah
Umar R.A. yang berjaya menjatuhkan dua kuasa besar dunia itu menyampaikan
ucapannya ketika berada di Kota Suci Bait Al Maqdis:
„Kita adalah bangsa yang diberi kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita
mencari kemuliaan yang lain dari apa yang telah dikurnia Allah, nescaya kita akan
ditimpa hukuman Allah menjadi bangsa yang hina‟.
Arab hebat apabila berpegang dengan Islam
Ketika bangsa Arab yang menganut Islam masih berpegang dengan ajaran Islam,
mereka terus memimpin negara yang paling besar dalam sejarah, bersama
masyarakat majmuk berbagai bangsa dan agama. Mereka mengislamkan bangsa
lain tanpa paksaan dan mengislam ilmu serta kebijaksanaan daripada berbagai 4
bangsa, sehingga melahirkan tamadun Islam yang paling hebat dalam sejarah
manusia.
Apabila bangsa Arab menjadi leka terhadap Islam, maka Allah menukarkan bangsa
bukan Arab yang menganut Islam dan berpandukan Islam serta menegakkannya.
Bangsa lain mengambil alih pemerintahan telah melahirkan ilmuan Islam dan
pemimpin negara. Manakala bangsa Arab menjadi rakyat di bawah pemerintahan
Islam, oleh para ulama dan pemimpin bukan berbangsa Arab, seperti Kurdis, Turki,
Bukhara dan lain-lain.
Melayu juga hebat dengan Islam
Bangsa Melayu di Asia Tenggara turut sama menjadi bangsa yang perkasa apabila
mereka menganut Islam dan raja-rajanya memerintah dengan Islam. Bahasa
Melayu berhuruf Al Quran bertamadun menjadi bahasa ilmu dirantau ini.
Kedatangan penjajah yang mampu menguasai dunia Islam, termasuk dunia
Melayu di rantau ini apabila mereka lemah berpegang dengan ajaran Islam.
Cahaya Islam yang sedikit tidak boleh dipadamkan masih bersuluh
membangkitkan perjuangan menentang penjajah.
Walaupun penjajah asing sudah meninggalkan tanahair kita, tetapi kesan
daripadanya masih wujud dengan tebal. Kita tidak dapat mengembalikan jati diri
malainkan dengan kembali menjadikan Islam tertegak di hadapan kita yang
menjadi panduan seluruh cara hidup beragama dan bermasyarakat. Ini seperti
yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W dengan petunjuk Allah dan
diperingatkan oleh Khalifah Umar bin Al Khattab R.A.
Mari kita menjadi bangsa yang insaf dengan muhasabah diri, bagaimana bangsa
Arab yang berjumlah ratusan juta, di tengah kekayaan hasil minyak yang tidak
terkira, dipermainkan oleh kuasa Barat yang pernah menjajah mereka. Mereka
tidak mampu berdepan dengan segelintir bangsa Yahudi zionis yang diletakkan
oleh penjajah bagi menjaga kepentingannya di Asia Barat. Ini kerana mereka
berpaksikan kebangsaan Arab dan meminggirkan Islam di belakang mereka. Satu
agenda penjajahan pemikiran yang sengaja dirancang begitu rupa.
Hari ini bangsa Arab mula sedar dan bangkit bersama Islam dengan memulakan
kemenangan Islam secara aman melalui pilihanraya yang adil setelah ditekan oleh
pemimpin bangsa sendiri secara kuku besi.5
Umno adalah pelakon yang sama memimpin negara yang dikatakan merdeka,
dengan semangat hidup Melayu, Islam selamat. Nyata bahawa Melayu tidak
selamat dengan cara Umno. Islam cara Umno tidak mampu memperkasakan
Melayu, kerana Melayu didahulukan, Islam tidak memandunya kerana tidak
djadikan panduan. Maka bangsa Melayu tidak mampu bersaing dengan kaum lain
dalam masyarakat majmuk.
PAS terima hakikat masyarakat majmuk
Kita wajib menerima hakikat masyarakat majmuk yang diatur oleh penjajah di
tanah air kita. Setelah mereka menjajah bangsa Melayu yang lebih dahulu yang
bercampur dengan kaum pribumi berada di tanahair ini. Penjajah membawa kaum
lain yang dijajah juga, untuk sama-sama diperhambakan untuk kepentingan
penjajah Barat. Bangsa Melayu dan penduduk asal yang lain terus dipinggir di
kawasan luar bandar dengan keadaan terbiar dalam kemiskinan. Kaum Cina pula
menjadi buruh di lombong-lombong dan sebahagiannya di bandar dan kaum
India menjadi buruh di ladang-ladang. Semua kaum diperkudakan untuk
kepentingan penjajah dan seterusnya diatur untuk dilagakan di antara satu sama
lain, untuk terus diperintah atau menjaga kepentingan penjajah selepas merdeka.
Mengikut Islam bahawa masyarakat majmuk adalah satu adunan yang baik
sekiranya dimanfaatkan dengan bijak, sekiranya wujud kedudukan yang seimbang
dan saksama diantara satu sama lain. Kaum lain telah menerima hakikat bangsa
Melayu yang beragama Islam adalah teras kepada negara dengan hak yang adil
secara sama dengan kaum yang lain, kerana jumlah mereka lebih besar. Tiba-tiba
kedudukan orang Melayu yang beragama Islam ketinggalan jauh di belakang dari
segi pendidikan, ekonomi, politik dan lain-lain. Ini menyebabkan rasa tidak puas
hati terhadap kaum lain, dengan terpinggir secara nyata di Singapura, Pulau
Pinang dan negeri-negeri lain di pantai Barat dan Malaysia Timur. Semua negerinegeri ini pada awalnya dipimpin oleh Umno yang bertemakan hidup Melayu
mafhumnya tegaklah Islam.
Umno sebenarnya yang bermasalah
Malangnya Umno menyalahkan pihak lain, khususnya PAS yang tidak bersama
Umno sejak menentang penjajah dan cara mencapai kemerdekaan dan mengurus
negara. Umno meletakkan Islam di samping atau di belakang tanpa kuasa secara
warisan penjajah yang merancang untuk melemahkan umat Islam mengikut kajian
para orentalis. Akhirnya orang Melayu bukan sahaja terus dalam keadaan lemah, 6
tidak mampu bersaing dengan kaum lain. Bukan sahaja ketinggalan dalam
ekonomi di bumi sendiri, walaupun diberi tongkat hak istimewa Melayu dan
bumiputera, bahkan ketinggalan dalam pendidikan dan kesedaran berpolitik.
Pemimpin yang tidak boleh menjadi model Islam kepada bukan Islam dan tidak
mampu memimpin kumpulannya dan bangsanya sendiri, apatah lagi negara,
tetapi lebih berlagak mampu dengan mempertahan kuasa dengan apa sahaja,
kerana dibejati penyakit zalim dan fasad. Zalim mengikut takrif Islam ialah
meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dalam segala bidang, seperti
kehakiman, pentadbiran, ekonomi dan lain-lain aspek. Fasad pula ialah
kemungkaran dalam segala aspek saperti rasuah dan segala maksiat terhadap
Allah, diri sendiri dan masyarakat.
Pemimpin utama Umno sendiri sudah mengaku adanya penyakit yang kronik
dalam diri parti Umno. Politik rasuah (wang) membarah dalam diri sendiri dan
menyebarkannya kepada orang Melayu untuk mendapat sokongan, mengampu
dan menipu sesama sendiri. Maka orang Melayu dalam bahaya bersama Umno .
Ketinggalan orang Melayu dalam politik Singapura di tahun lima puluhan dan
enam puluhan adalah di bawah pimpinan Umno. Tertinggalnya orang Melayu di
Pulau Pinang adalah di bawah Umno juga. Umno menyelamatkan kedudukan
dengan mengasak orang Melayu dengan kawasan pilihanraya campuran bagi
memenangkan rakan kongsinya daripada kaum lain setelah parti itu kalah di
kawasan mereka.
Mereka menekan bangsa sendiri yang menegurnya dan tidak bersamanya, dengan
menindas negeri Melayu yang tidak berpihak kepada Umno. Tindakan menafikan
hak royalti minyak terhadap Kelantan dan Terengganu suatu ketika dahulu serta
melambatkan bayaran perkapita. Begitu juga dengan Kedah. Ini adalah contoh
nyata Umno menindas negeri Melayu.
Umno juga mengapi-apikan semangat perkauman Melayu sehingga tegang
hubungan dengan kaum lain, seterusnya orang Melayu dilekakan dengan wang,
media yang menipu dan melalaikan mereka. Ketika bangsa lain berpolitik secara
matang dengan kefahaman merancang masa depan yang jauh. Namun orang
Melayu berpolitik diajar oleh Umno untuk mencari peluang beberapa hari dimusim
pilihanraya sehingga lupa menjadi mangsa setiap lima tahun sehingga lebih lima
puluh tahun terus ketinggalan.7
Sudah tiba masanya orang Melayu memberi peluang kepada Umno berehat atau
bersara atau berhenti terus.
Ucapan berapi dalam perhimpunan Agung Umno baru-baru ini lebih banyak
membedil diri sendiri, bukan sahaja ada yang menikam dari belakang bahkan ada
yang berani menikam secara berhadapan. Walaupun pada zahirnya menyerang
lawan dan kawan. Yang tidak faham bertepuk tangan syok sendiri sehingga
membengkak tangan. Adapun yang faham pula berubah wajah kerana
kebimbangan bahteranya menunggu karam ditebuk kelasi sendiri.
Umat mesti diselamatkan
PAS berulangkali mengajak Umno bermuzakarah secara ilmu Islam dan adabnya
bagi menyelamatkan umat dan negara dengan Islam, bukan berbincang untuk
bersama memikul biawak hidup yang diternak oleh Umno. Mengajak kepada Islah
sekadar kemampuan, kerana bukan cara menyelamatkan negara dengan mengapiapikan semangat perkauman yang menegangkan hubungan diantara kaum dan
agama. Caranya ialah dengan konsep adil untuk semua dan menjaga hak masingmasing secara adil, serta ruang demokrasi dengan batas-batas dan sempadannya
yang sebenar secara ikhlas, bukan secara menipu. PAS percaya Islam adalah hujah
yang terkuat daripada Allah S.W.T kerana Islam adalah Rahmat Allah kepada
seluruh alam.
Tulisan ini bukan menjaga tepi kain orang lain, tetapi hanya peringatan kepada
mereka yang kainnya sudah parah terkoyak, sehingga menampakkan kecacatan
yang memalukan.
No comments:
Post a Comment